Emo spill #1

3.9.11 | |

Aku tak tahu dengan bahasa apa lagi nak dijelaskan pada kau. Semua butir kata yang aku ucapkan macam bahasa asing pada kau. Satu apa pun kau tak faham, kau tak hadam. Padahal bahasa yang aku tuturkan sama dengan bahasa kau.

Aku harapkan kau boleh jadi tempat aku adukan segala keluh kesah hati lara yang mengikat minda aku dari bergerak bebas; mengungkai satu persatu permasalahan biar smua solusi nampak di depan mata. Tapi sekali lagi aku hampa. Untuk kesekian kalinya.

Mungkin, yang paling layak untuk aku adukan semua permasalahan jiwa ini, hanya pada yang mencipta aku. Yang SATU itu. Yang MAHA segalanya.

Sudah, aku tak percaya lagi dengan kamu kamu kamu kamu semuanya. Biar aku pergi sahaja, temukan aku dengan CINTA paling agungyang pernah aku tahu.

Layak kah?

0 comments: